Tuesday, 21 February 2012

Plan Drawing Tube (Penyimpanan Fail)

Maksud : 
Ialah bekas atau perkakas yang digunakan untuk menyimpan lukisan bagi memudahkan ianya dibawa. Terutama ketika memanjat bangunan yang tinggi, biasanya ia diperbuat daripada plastik keras dan tahan lasak, kebiasaannya ia berbentuk bulat dan memanjang, terdapat pelbagai saiz mengikut saiz lukisan yang sedia ada, mudah didapati di pasaran.


Kebaikan : 
- Mudah dibawa ke mana sahaja.
- Ringan.
- Boleh didapati dalam pelbagai bentuk, jenis, saiz dan warna.
- Boleh disimpan dimana sahaja.
- Mudah diuruskan dan dibersihkan.
- Memastikan plan lukisan yang disimpan tidak rosak.

- Kalis air.


Cara Pengurusan : 
Plan drawing tube ini mudah digunakan. Bagi menyimpan lukisan didalam tiub penyimpanan ini hanya menggunakan teknik gulungan sahaja. Ini adalah cara termudah bagi membawa dan dapat mengelakkan dari dilipat serta senang dibuka. Lukisan yang dilipat akan meninggalkan kesan dan mengganggu bacaan pada lukisan. Kebanyakan lukisan yang digulung adalah dari jenis tracing paper. Cara gulungan ini mudah dan lebih kemas dari lipatan. Plan drawing tube boleh dibersihkan menggunakan kain lembab yang tidak terlalu basah, ia akan menjejaskan struktur plan drawing tube tersebut.

No comments:

Post a Comment